Friday, 13 December 2013

A Letter To You

Dah lamanya tak update. Busy aaa busyy! Ceh. So i would like to take this opportunity lah kan, update setakat mampu. Ada orang cakap macam mana i managed and possible boleh get over everything happened in my life and berubah mendadak-dadak macamni. Tak adalah mendadak sangat, banyak lagi kurang sebenarnya.

But, Alhamdulillah. Sikit-sikit berubah, lama-lama jadi bukit gunung-ganang tak gitu? :') So to whom yang nak move on from their past, or nak buang apa yang patut tu. Here. This is for you. I wrote this tetengah pagi buta masa saka ilmu jiwang datang tetiba. Lol

Dear you, I wear my heart on my sleeve, but I’m not naive. I know what it feels like to be completely broken and I’m all too familiar with what it feels like to hurt. To be honest, I hope it never does. It will pass. It will get easier. But the fact that it will get easier does not mean that it doesn’t hurt now. And when people try to minimize your own pain, you’re doing yourself a disservice. Don’t do that. The truth is that it hurts because it’s real. It hurts because it mattered. And that’s an important thing to acknowledge to yourself. So for now, what you need to do is click on the 'Delete All' your past life folder, and yeah, especially social networks i.e facebook blog, tumblr and whatever. People talks, people judges. Go on, move forward. It's hard. But that doesn’t mean that it won’t end, it won’t get better. Because it will. Trust me I've been there and done that. Now, I am happy. 

Alah tak susah pun sebenarnya. Just delete everything, lagi-lagi kalau kita dah berhijab sekarang and pictures lama tak bertudung and mengarut tu. Tak cantik orang cakap. Nak nya kalau gambar lama kita macam anak keling. Cc ; Zurie. Kahkah

P/s: Sebenarnya mine pun tak buang sepenuhnya. Ada lagi myspace lah, blog lah and banyak lagi yang tak delete. Bukan taknak ya, hamboi kau laju je! But dah lupa password and someone else yang hold that password. And ada certain pic kita orang lain yang uploaded. Payah. So, goodluck!

Thursday, 4 October 2012

UiTM Kota Bharu tempat baru

Assalamualaikum. Hello there! Ok baru sedar, eeeh lamanya tak update.  Disebabkan tadi aku dah tidur seharian, mata ni still segar-bugar lagi. Hmm what to do? Tidur lambat tu dah jadi rutin harian aku. Rasanya boleh nampak kot through pics yang dah dimuat-turunkan *ayatskema*. Nampak tak? Eyebags zurie tu.. Mak aiii, tebal siap boleh takung air hujan rasanya.

Rumah Sewa di Kelantan . 
So here let’s start mencurahkan idea di otak ini. Ah! Honestly, idea tu tak ada sebenarnya. Jadi, aku nak bebel pasal Kelantan.  Well, rasanya ada segerombolan korang yang tahu aku study di Kelantan sekarang. Yes, UiTM Kota Bharu, Kelantan. Kampus Bandaraya okeyh? Fyi, aku tak pernah jejak pun Kelantan before this. Nak dijadikan cerita, bila orang tanya “agak-agak kau dapat mana Zurie?”. Lalu si mulut yang agak masin ni dengan bangganya aku jawab “Err hmm entahla.. Kelantan kot. Hoi! Tapi aku taknak ah kalau dapat sana jauh sangat.”.

Sekali check result amik kau. “Tahniah, anda ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran(Kewangan) di Kampus Kota Bharu, Kelantan”. Terkelip mata 10 kali and baca balik, lepastu air mata terkeluar lalu berteriak “Mamaa!! Yanna dapat dekat Kelantan......”. Itu cerita sedih sebelum terima study dekat Kelantan. Tapi sebenarnya agak excited nak study dekat sini sebab konon-konon nak start berdikari since umur pun dah agak kurang muda. Plus nak cuba didik diri jadi anak dan bakal isteri yang mithali. Aiceh. Jadi, dengan hati yang agak terbuka aku pun continue la study dekat Kota Bharu. So here I am.

Housemates. Ex-UiTM Segamat semuanya
Kata nak berdikari kan, so.. dah berdikari ke kau Zurie? Indeed, rasanya dah mula belajar. Slow-slow lah kan? Takkan tetiba je nak pandai buat semua benda. For now, dah belajar masak sendiri, basuh baju sendiri, kemas barang and susah sendiri. How’s Kelantan? Well, rasanya sini tak ada la teruk sangat macam digambarkan before jejak kaki disini. Sebab kampus dekat Kota Bharu, bandar so tak ada masalah. Cuma nak tengok movie tu la tak dapat. Eh, boleh tengok! Tapi tengok dekat depan Laptop sendiri. Plus, aku dah berani naik motor. Naik je bukan bawak. Wuuu~ Before this, ada orang cakap aku macam minah rempit. Ada rupa ke? Biarkan lah mereka.

Tapi betul la dorang cakap, susah nak catch up bahasa Kelantan. Lagi-lagi yang cakap macam guna machine gun. Mesti aku ter-blur nak pahamkan. So far, rasanya dah 15% boleh kecek. Basic untuk beli barang tu dah boleh la. Bila kecek, dapat discount. Haha. Makanan dia pula, fuh sedap belaka. 

Conclusion dia, jangan la sedih or give up kalau kena hantar jauh-jauh tu. Cuba dulu, baru kita tahu. Plus, masa muda la nak tambah pengalaman merantau di tempat orang. Mungkin ada hikmah aku kena study jauh-jauh ni. Siapa tahu kan? Jadi, doakan yang terbaik untuk saya ya. Insya-Allah. TTYL

Sunday, 12 August 2012

Cakap lain buat lain

Well hello fellas. Bila dah tak bekerja, rasa tak tahu nak buat apa. Kengkonon, bila dah tak kerja aku nak buat semua benda. Kengkonon dah plan cantik untuk menikmati cuti sebulan ni, again, kengkonon je lah! Dan ini adalah antara situation yang tergolong dalam entry diatas yang cuba dibahaskan harini ; 'Cakap tak serupa bikin.'. Ok tetiba feel2 debator puleks.

Siapa suka orang yang tahu cakap sahaja buatnya tidak? Sapa suka orang yang cakap besar walhal dia tu zero? Siapa suka orang yang cakap good2 tapi habuk pun tarak? Siapa suka orang yang kengkononnya dialah perfect untuk kita walhal... Ok malas nak panjangkan cerita, karang jadi dosa. Hah so cut the craps. Mesti semua orang tak suka kan? So do I.

Benda yang paling aku rasa nak hayun kayu kriket dekat muka seseorang ; bila depan orang dia cakap macam bagus, dialah so-called mr/mrs perfect dan kitalah buruk lalu menghasut semua orang dengan 'kebaikan' dia untuk membuat kita kelihatan buruk. Dialah baik. Tetapi kalau betul kau perfect untuk dia, dia tak nak yang perfect, acane? Tak jadi juga.

Dan sememangnya kita kelihatan buruk bila benda itu jelas ternampak di laman fb, twitter dan sebagainya. Orang judge kita berdasarkan apa yang dia nampak. Tapi cuba selami seseorang itu, sebab mostly, in real life seseorang tu punya attitudes lain dari apa yang anda nampak di laman sosial. Itu bukan cara mengadili seseorang tahu?

Awak nampak baik, dan kalau betul pun awak baik, awak ada lesen untuk burukkan orang ke? Tak kan? Awak warak atau hafiz sekalipun, siapa kita untuk menghakimi seseorang, siapa kita untuk jatuhkan maruah seseorang? Siapa beri lesen itu? Oh come on mister. You yourself tahu baik buruk diri sendiri. Jadi tak perlu tumtamtum dekat status burukkan orang lain dan selitkan pujian untuk diri sendiri. Pelik tapi benar. Ok taknak cita panjang, kang ada butthurt. Susah nanti. Kita tak cakap pasal dia, dia terasa.

Cakap lain, buat lain. Nampak tak permainan dia? Contohnya, kita ajak orang buat baik sedangkan kita tak buat pun. Kita suruh orang solat, sedangkan kita pun tak solat. Macam mana orang nak respect kita, betul? Aku pernah buat dulu, tak bertudung lagi time tu. Aku share link pasal pemakaian tudung, mirip macam perempuan2 agama lain, kena bash teruk bak hang. Lepastu aku fikir 'aah la aku pun tak pakai nak complain pasal ni, memangla kena perli balik.' Sedih mak nok!

Sebab tu orang cakap, nak kata sesuatu cermin diri kita dulu. Kalau reflection itu baik, maka baiklah ia, dan percayalah mereka. Tapi, jangan judge orang tu berdasarkan his/her past. Tak mustahil dia dah berubah. Kalau mereka dah tak boleh trima, doakan mereka. Jangan paksa. Moga terbuka hati mereka satu hari nanti. Itu sahaja. Sekian

Thursday, 9 August 2012

Family oh family

Helllo hello hello! Fikir punya fikir nak buat entry pasal apa, siapa dan mengapa. Tetiba terasa nak buat entry pasal ; Family aka keluarga. Keluarga adalah satu institusi terpenting dan yang paling bermakna bagi kita, mereka lah paling banyak memainkan peranan dalam hidup kita, bukan boyfriend ye~

Hilang boyfriend tak apa, kalau hilang sedara? Apa yang anda rasa? Hilang tak bermaksud meninggal ya tapi yang aku maksudkan adalah, putus hubungan. Dengar pun dah seram, macam hati macam tertusuk duri, iya kan? Cuba kalau ianya betul-betul berlaku. Sedih!

The family is a haven in a heartless world. Indeed. Time kita diperkotak-katikkan, mereka lah paling memahami. Situation yang kita anggap 'hell' akan jadi 'heaven'. Tapi, bila kita ada masalah, dan mereka tidak menyokong kita sebaliknya memenangkan orang lain, memang akan jadi 'hell'. Sangat okay, sangat!

Setahu aku, air dicincang tidak akan putus.  And bila dah nama family, gadoh teruk mana pun, akan berbaik balik. Itulah yang aku paham time belajar kat sekolah dulu. Tapi, bila ada manusia yang mencincang2 tanpa henti, akhirnya akan putus juga. Rasanya lah?

Honestly, kalau tak ada family, aku rasa aku tak boleh hidup. Dengan mereka lah aku bergantung hidup. Tetiba terfikir, macam mana nak survive duduk kelate sana sedangkan duduk segamat kalau boleh every weekend dorang suruh aku balik? Dengan semangat tanpa penat aku balik drive sesorang 3 jam from Segamat-KL. Dan balik disambut 'ohhh sayangku dah balik' oleh mereka. Hilang segala penat. Sedihnya :/

For me, family means putting your arms around each other and being there, in every situation. Hilang sorang, rasa macam hilang separuh hati ini. Lagi2 bila dia memang rapat dengan kita dan menjadi salah sorang favourite kita dalam family. Tapi nak buat macam mana.. Andai itu takdirnya. Ewahh bernovelas pula.

Jadi, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Ok, till then

Wednesday, 8 August 2012

Kesusahan


Hey hey! Tak tahu kenapa tetiba ada idea nak tulis pasal 'Susah'. Bukannya susah dari segi duit yang cuba disampaikan, tu sudah semestinya tidak. Tetapi susah bila benda yang simple di-susahkan oleh sesetengah pihak. Which i believe, ramai antara kita yang suka buat benda macamni.

The 1st example paling simple aku boleh beri is; bila mak kita suruh kita beli gula garam dan kicap misalnya. Benda tu mudah tapi kita jadikan susah bila kita tak sanggup nak lepaskan fb/twitter and etc demi membantu mak kita pergi ke kedai. Akibatnya, mak tak dapat nak memasak dan perut kita pun menjadi lapar. Ok seriously, aku bagi contoh mengarut disini.


Dalam situation aku pula sekarang ni, aku tak tahu mana root or mana punca masalah tersebut. Yang aku tahu puncanya datang dari diri kita sendiri. Kalau mulut tak lantang berkata-kata, masalah ni akan dengan sendirinya hilang, pupus. Tetapi masalah ini makin lama makin teruk bila ada sesetengah pihak tak mahu berhenti dari menyalahkan orang lain atas salah dia sendiri. Nampak tak permainan dia?


Bila kita berada di pihak yang benar, innocent, tetapi mereka lantang berkata-kata sedangkan kita langsung tidak ambil-tahu, tidak menjaja cerita, tidak fikirkan pasal mereka, kita still nampak salah. Orang cakap, 'buat bodoh lama-lama diamlah'. Tapi dah buat habis bodoh pun kita kena. Macam mana? Dan orang cakap 'lebih baik diam dari berkata-kata'. Kalau diam, still kena bash. Nak diam lagi ke? Sakit tahu diperlakukan sebegini rupa. :/


Tak apa, aku berpegang kepada satu ayat ni. 'Allah tak akan uji luar dari kemampuan seseorang'. Mungkin harini hari aku, dan hari esok siapa tahu? Mungkin atas dosa dulu, sampai sekarang non-stop aku diuji. Mungkin, itu untuk uji keimanan aku. So, aku redha. 


Eventhough, sakit mata sakit hati bila kena ni semua. Dan lebih menyakitkan ada orang bersetuju dengan apa yang dikata tanpa tahu hal sebenar. Manusia, kan? Suka cakap ikut hati. Suka menampakkan seseorang itu salah untuk dapatkan nama. Patutnya, janganlah dengar sebelah pihak sahaja. Ok tak apa, aku dapat pahala free walaupun tak nampak. Tapi, Allah bayar semua tu. 

Aku dah penat. Penat tahu? Kenapa mereka tak penat2? Apakah mereka minum tongkat ali? Seriously, aku dah tak mampu terima semua ni. Nak menangis pun dah tak mampu. Apalah nasib badan ni. Tolonglah  kalau terasa, stop it. You have your own life, so do I. Tak penat ke awak? Elin cakap, jangan tension-tension, buat apa nak sakitkan hati sendiri dengan tu semua? Korang tak rasa, memang la. Hmm


Err. Mungkin, Kelantan bakal mengubah hidup aku. Eh cakap pasal Kelantan, i will be there. Yes, sambung degree disana. Doakan saya. Insya-Allah. Till then.

Saturday, 4 August 2012

Best friends.


Hey hey! Lamanyaa tak update! Hah disebabkan my dear besties dah merajuk tahap dewa punya merajuk and said “Ah zurie mana ah nak masukkan kita dalam blog dia. Letak dengan orang lain je, sapalah kita ni”, So... Kenalah cerita about them.  Eh hello korang, haritu dah buat kot kat blog lama! Nak tacingmacing pulek. Lempang laju-laju baru tahu!

Susah nak declare someone as  our bestfriend, but yea I have them both, Sakinah and Nabilah. Yes them, since Form 1 from SMK Bandar Tasik Selatan yo! Fyi, dua-dua ni mek kelate. Aku sorang je sesat utaghaa, Kedah sana.  Sekali keluar bahasa dorang, aku jadi kayu. Satu hapeee tak paham. I was like “weh korang cakap apa? Bahasa melayu please?”

My bestfriends are the one who brings out the best in me, with whom I may be sincere. Eventhough jarang jumpa, hati kami sentiasa dekat. Contact pun jarang but still, kami ambil tahu hal masing-masing. Kitorang berpegang kepada prinsip ; kalau kawan tak boleh rapat sangat nanti kawan jadi lawan.

 So, sebabtu lah jarang sangat kitorang nak jumpa. Ye lah, waktu sekolah dulu boleh lah melekat je kemana-mana. Then masing-masing buat hal sendiri. Sorang ke Uitm, sorang ke KPTM sorang ke STPM. See, berpecah sudah.

Bila dah bawa hala tuju masing-masing and ada new friends, tipu lah tak jealous! Ehh, lagi-lagi kalau upload gambar dengan kawan-kawan lain and declare dorang as our new bestie. LOL. But thats the truth. Dorang jealous time aku ada kawan baik, Nik dulu lah. Habis kena perli bagai. Still, tak kawan lama pun. Tu lah rapat sangat then benda tu terbang, hilang~. Yang stick, kawan ni lah jugak.

Paling latest jumpa, macam biasalah. Gosip sana sini. Dulu, aku lah paling bahagia ada boyfriend semua. Now, I’m all alone. Nabilah masuk 6 tahun dah, Sakinah pun dah bahagia. Terasa kayu disitu. And adalah dorang pesan, lepasni kalau ada kawan janganlah rapat sangat, wat lek sudah. Sebenarnya kawan sekolah tu lah paling betul-betul namanya kawan. Sebab, dorang kenal kita dari kecik sampai besar. Kalau kawin, anak dah 2 dah haa. Eh okay itu mengarut.  

Tak kisah la kawan berapa lama pun. Dari selekeh, tudung pun herot-berot lagi, dari kurus ke berisi dan semakin berisi, dari budak hingusan ke gadis ayu, dari masing-masing tak reti bercinta bagai tu sampai sekarang dah boleh kawin ni, tak kisah apa rupa korang pun, korang still ada tempat dalam hati ni. Tak bermakna tak ada dalam blog, aku lupa korang.

When it hurts to look back, and you are scared to look around, you can look beside you and your best friends will be standing right there. Always. I will, always have always will. Pinky-promise.

Saturday, 7 July 2012

reasons to have a GUY friend

REASONS TO HAVE - A GUY BEST FRIEND;


they won't tell anyone your secrets
they don't try to steal the guy you like
they aren't two-faced
they stick up for you no matter what
they'll give you their sweatshirt
they'll carry you when you get hurt
they can make you laugh
they beg when you're mad at them
they always protect you
and they MIGHT even fall in love with you