Thursday, 4 October 2012

UiTM Kota Bharu tempat baru

Assalamualaikum. Hello there! Ok baru sedar, eeeh lamanya tak update.  Disebabkan tadi aku dah tidur seharian, mata ni still segar-bugar lagi. Hmm what to do? Tidur lambat tu dah jadi rutin harian aku. Rasanya boleh nampak kot through pics yang dah dimuat-turunkan *ayatskema*. Nampak tak? Eyebags zurie tu.. Mak aiii, tebal siap boleh takung air hujan rasanya.

Rumah Sewa di Kelantan . 
So here let’s start mencurahkan idea di otak ini. Ah! Honestly, idea tu tak ada sebenarnya. Jadi, aku nak bebel pasal Kelantan.  Well, rasanya ada segerombolan korang yang tahu aku study di Kelantan sekarang. Yes, UiTM Kota Bharu, Kelantan. Kampus Bandaraya okeyh? Fyi, aku tak pernah jejak pun Kelantan before this. Nak dijadikan cerita, bila orang tanya “agak-agak kau dapat mana Zurie?”. Lalu si mulut yang agak masin ni dengan bangganya aku jawab “Err hmm entahla.. Kelantan kot. Hoi! Tapi aku taknak ah kalau dapat sana jauh sangat.”.

Sekali check result amik kau. “Tahniah, anda ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran(Kewangan) di Kampus Kota Bharu, Kelantan”. Terkelip mata 10 kali and baca balik, lepastu air mata terkeluar lalu berteriak “Mamaa!! Yanna dapat dekat Kelantan......”. Itu cerita sedih sebelum terima study dekat Kelantan. Tapi sebenarnya agak excited nak study dekat sini sebab konon-konon nak start berdikari since umur pun dah agak kurang muda. Plus nak cuba didik diri jadi anak dan bakal isteri yang mithali. Aiceh. Jadi, dengan hati yang agak terbuka aku pun continue la study dekat Kota Bharu. So here I am.

Housemates. Ex-UiTM Segamat semuanya
Kata nak berdikari kan, so.. dah berdikari ke kau Zurie? Indeed, rasanya dah mula belajar. Slow-slow lah kan? Takkan tetiba je nak pandai buat semua benda. For now, dah belajar masak sendiri, basuh baju sendiri, kemas barang and susah sendiri. How’s Kelantan? Well, rasanya sini tak ada la teruk sangat macam digambarkan before jejak kaki disini. Sebab kampus dekat Kota Bharu, bandar so tak ada masalah. Cuma nak tengok movie tu la tak dapat. Eh, boleh tengok! Tapi tengok dekat depan Laptop sendiri. Plus, aku dah berani naik motor. Naik je bukan bawak. Wuuu~ Before this, ada orang cakap aku macam minah rempit. Ada rupa ke? Biarkan lah mereka.

Tapi betul la dorang cakap, susah nak catch up bahasa Kelantan. Lagi-lagi yang cakap macam guna machine gun. Mesti aku ter-blur nak pahamkan. So far, rasanya dah 15% boleh kecek. Basic untuk beli barang tu dah boleh la. Bila kecek, dapat discount. Haha. Makanan dia pula, fuh sedap belaka. 

Conclusion dia, jangan la sedih or give up kalau kena hantar jauh-jauh tu. Cuba dulu, baru kita tahu. Plus, masa muda la nak tambah pengalaman merantau di tempat orang. Mungkin ada hikmah aku kena study jauh-jauh ni. Siapa tahu kan? Jadi, doakan yang terbaik untuk saya ya. Insya-Allah. TTYL

5 comments:

  1. you've got to be kidding me! cantiknya rumah sewaaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. awk rumah awk ada kosong lg x?

    ReplyDelete
  3. Zuriey... Akak ada nak sewakan kondo akak.. Pelangi mall kondo... Kalau ada kawan2 zuriey yg nak menyewa boleh bgtahu akak... Fuly furnish... Mesin basuh.. Dapur. Harga boleh bincang2.. Harga student. Apa2 hal kol akak ya.. Kak ita. 0164103533. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak kalau ada saya inform ya

      Delete
  4. Teres 2 tingkat endlot,6 bilik 3 master 3 single. 4 bathroom heater attached. Status rumah fully furnished. Sesuai untuk grouping. Loc Sri Cemerlang. Hubungi 013 9319455 untuk keterangan. Tq

    ReplyDelete